Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

Perlaksanaan Fungsi masjid sebagai Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Mohd Faizal bin Othman

Unit Pengajian Am

Kolej Komuniti Kepala Batas

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

No.87, Lorong Bertam Indah 1,

Taman Bertam Indah,

13200 Kepala Batas, Seberang Perai.

Tel: 04-5755930, Fax : 04-5759300

h/p :019-5962510

mdfaizaloth@gmail.com


 


 

ABSTRAK


 

Masjid merupakan satu institusi yang unggul dalam pembangunan ummah dan rumah Allah yang suci yang mempunyai taraf dan kedudukan paling istimewa di sisi Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadat atau tempat solat tetapi sebagai pusat pembinaan dan pembangunan ummah yang meliputi pusat pengembangan ilmu dan penyebaran dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan perpaduan umat Islam setempat. Terdapat dua bidang didalam pengurusan masjid. Yang pertama dipanggil pengurusan fizikal masjid supaya ianya terperlihara dan bermanfaat kepada semua dan kedua ialah pengurusan fungsi masjid yang mana ianya meliputi pendidikan dan pembangunan ummah dalam semua aspek, akhirat dan dunia. Umum mengetahui peranan dan fungsi masjid tetapi usaha-usaha untuk merealisasikan fungsi-fungsi masjid sebagaimana mestinya memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang tinggi supaya ianya menjadi nyata. Pengurusan yang mantap merupakan prasyarat mutlak memperkasakan masjid sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran. Mengambilkira aspek-aspek ini, kertas kerja ini akan membicarakan usaha-usaha untuk merealisasikan fungsi-fungsi masjid sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran yang terunggul dalam pembangunan ummah.

Monday, January 11, 2010

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Dicatat oleh umuaiman di 4:55 AM