Bagi tujuan itu setiap ahli digalakkan memberi komen dan pandangan kepada laman blog ini bagi merealisasikan blog ini.
MARPPIN ditubuhkan dengan satu tujuan yang murni iaitu bagi memartabatkan pondok-pondok pengajian Islam dalam masa yang sangat getir, dimana orang islam dihanyutkan dengan berbagai fahaman yang lari dari dasar Islam itu sendiri. Alhamdulillah atas kesedaran ini kita bergabung tenaga atas keizinan Allah Taala menyebarkan dakwah serta menaikkan kembali kegemilangan pengajian pondok yang dulunya menjadi satu tempat pengembangan Ilmu yang berkesan dengan limpah kurnia daripada yang Maha Kuasa.
Semua dijemput untuk menyertai MARPPIN. Akan menyusul nanti maklumat mengenai MARPPIN.
wassalam...
No comments:
Post a Comment